Affiliate adalah salah satu teknik memasarkan produk dan menjalankan perniagaan di internet. Apabila anda menjadi orang tengah (sebagai ejen Syarikat A) mempromosikan produk syarikat A melalui link affiliate ejen daripada syarikat A, maka anda akan dapat terima bayaran komisen daripada syarikat A dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate khas anda. Sistem ini hampir sama seperti sistem jualan dropship cuma bezanya sistem ini lebih advance berbanding dropship.
Ecosystem adalah kitaran proses suatu sistem dalam kehidupan daripada bahan asas A kepada hasil jadi B atau C, Ecosystem yang dimaksudkan dalam StokisOnline ini adalah suatu bentuk pengurusan sistem yang disusun khas kepada setiap ejen agar dapat membuka peluang hasilkan pendapatan komisen besar pada setiap minggu melalui sistem subscription pembelian pakej secara berulang-ulang kali melalui strategi sistem affiliate berjangka-masa dan jadual kitaran yang telah ditetapkan.
Subscription adalah terjemahan daripada perkataan melanggan suatu perkhidmatan atau jualbeli bertempoh sepanjang persetujuan dan sepakat dalam perniagaan.
StokisOnline mengambil konsep subscription/melanggan pada setiap minggu bertujuan untuk hasilkan penjualan secara berterusan melalui tetapan belian pakej tertentu pada setiap tarikh 1’hb, 8’hb, 16’hb & 23’hb setiap bulan secara berterusan dan konsisten.
Melalui tetapan belian pakej tertentu oleh ejen affiliate berkaitan, Pembayaran hasil komisen daripada pembahagian keuntungan dikreditkan terus kepada penama akaun bank introduser affiliate mengikut jumlah bayaran tertentu yang telah ditetapkan.
Pembayaran nilai komisen ini dikreditkan pada setiap tarikh 7’hb, 15’hb, 22’hb & 30’hb setiap bulan berdasarkan jumlah belian affiliate ejen mengikut ketetapan terma & syarat syarikat
Affiliate Ecosystem Subscription adalah sistem, strategi dan perancangan tersusun bersepadu oleh StokisOnline.com bertujuan hanya untuk membantu anda sebagai affiliate ejen MAMPU hasilkan pendapatan secara berterusan pada setiap minggu, setiap bulan bahkan setiap tahun dengan cara mudah praktikal berkesan melalui platform bisnes kacang sihat ini.